KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga sebuah unit kediaman di Jalan Gombak di sini ketika cuba melarikan diri semasa serbuan polis berkaitan kes curi motosikal, malam tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku kira kira pukul 9.07 malam ketika pasukan polis menjalankan serbuan di kediaman berkenaan. Menurutnya, ketika serbuan, dua suspek cuba melarikan diri dengan bertindak terjun dari tingkat tiga bangunan itu.…









