Suruhanjaya Gig bakal bincang isu tambang e-hailing - Utusan Malaysia

Suruhanjaya Gig bakal bincang isu tambang e-hailing

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika memberikan duit raya kepada penumpang KTMB pada Majlis Edaran Pek Hari Raya Aidilfitri 2026 di KL Sentral di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Segala isu yang berkaitan dengan kadar komisen dan tambang perkhidmatan e-hailing akan dibawa sert dibincangkan secara terperinci di bawah kerangka Suruhanjaya Gig yang telah ditubuhkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak kerajaan masih mengekalkan pendirian dasar sedia ada dan tiada sebarang perubahan drastik akan dilaksanakan terhadap perkhidmatan e-hailing dalam masa terdekat.

Kata beliau, langkah berhati-hati itu diambil kerana sebarang perubahan dasar berpotensi membawa implikasi yang negatif.

“Kita telah lama menyatakan bahawa sekiranya terdapat sebarang perubahan dasar, ia akan turut membawa implikasi, termasuk implikasi yang negatif.

“Perkara berkaitan komisen, kadar tambang dan sebagainya akan dibincangkan di dalam rangka Suruhanjaya Gig kelak,” katanya semasa sidang akhbar.

Beliau menghadiri Majlis Edaran Pek Hari Raya Aidilfitri 2026 Kepada Penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KL Sentral, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, keengganan kementerian berkenaan memperkenalkan dasar harga lantai bagi perkhidmatan e-hailing membuka ruang eksploitasi ke atas pemandu.

Sahabat E-hailing Malaysia (SEM) berkata, keengganan pihak berkuasa terbabit menimbulkan kegusaran serius ke atas nasib pemandu yang terus tertekan.

Katanya, peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 (Akta A1552), kuasa penetapan tambang e-hailing diberikan sepenuhnya kepada syarikat penyedia perkhidmatan.

Keadaan itu menyebabkan pemandu terdedah kepada risiko eksploitasi kadar bayaran yang tidak munasabah, manakala pengguna pula berhadapan dengan struktur harga yang tidak telus. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN