KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) melakukan rombakan struktur ahli Majlis Tertingginya termasuk melantik Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ke jawatan Setiausaha Agung PN bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Selain Takiyuddin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN bagi menggantikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Tiga lagi Timbalan Pengerusi PN ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),…










