Memacu Kehidupan bantu 400 keluarga rasai kemeriahan Aidilfitri

Memacu Kehidupan bantu 400 keluarga rasai kemeriahan Aidilfitri

ADLI Daud (kiri) ditemani Siti Murni Baharin ketika menerima sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Petronas di Kota Bharu, Kelantan. – MINGGUAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Petronas melegakan 400 keluarga kurang berkemampuan di Kelantan dalam membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, tidak lama lagi.

Ia diakui oleh Abdul Rahman Vejayan Abdullah, 70 yang me­rupakan seorang mualaf dan kini tinggal sebatang kara di Berek 12, di sini, sejak 20 tahun lalu.

Lebih-lebih lagi duda anak dua yang berasal dari Marang, Terengganu itu, tidak mempunyai pekerjaan dan hanya bergantung harap kepada Bantuan Warga Emas (BWE) daripada Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan.

“Saya juga bernasib baik apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menanggung kadar sewa rumah RM600 sebulan, membolehkan bantuan JKM itu digunakan untuk menampung kehidupan harian.

“Saya juga bersyukur kerana masih mampu beribadat de­ngan baik walaupun menghidap sakit lutut kronik. Puasa juga tiada masalah setelah 18 tahun memeluk Islam,” katanya ketika ditemui pada Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2026, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Adli Daud, 58, terharu menerima sumbangan hari raya daripada Yayasan Petronas buat pertama kali, selepas pendapatan daripada perniagaan runcit yang diusahakan kian merosot sejak penularan Covid-19 beberapa tahun lalu.

Adli yang kini menetap bersama isteri, Siti Murni Baharin serta dua cahaya mata juga menerima Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada JKM sebanyak RM600 sebulan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN