KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini menetapkan tarikh 8 April ini bagi mengetahui status representasi penyanyi rap kontroversi, Namewee membabitkan pertuduhan memiliki bahan terlarang iaitu racun berjadual Sildenafil di sebuah hotel, tahun lalu. Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan perkara itu selepas peguam bela, Nur Aminahtul Mardhiah Md Nor yang mewakili Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 43, memaklumkan pihaknya akan menghantar representasi berkenaan dalam tempoh seminggu. Prosiding…










