PUTRAJAYA: Seramai 366,435 atau 94.29 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 layak diberikan sijil, berbanding 355,933 atau 94.01 peratus pada 2024. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata jumlah tersebut menunjukkan peningkatan seramai 10,502 orang atau bersamaan 0.28 peratus. “Bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025. “Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM…










