PUTRAJAYA: Seramai 7,099 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 tidak hadir berdasarkan analisis menduduki peperiksaan sekurang-kurangnya bagi enam mata pelajaran. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, jumlah itu merangkumi 1.79 peratus daripada jumlah calon baharu yang menduduki seramai 395,740 calon berbanding 8,108 calon tidak hadir (2.1 peratus) atau menurun 1,009 orang pada SPM 2024. Menurut beliau, pelbagai faktor ketidakhadiran murid menduduki peperiksaan antaranya, bekerja, berpindah ke luar…










