PETALING JAYA: Penubuhan Sekretariat Musyawarah dilihat penting bagi mengemukakan agenda membina Melayu bermaruah melalui pendekatan politik nilai. Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, walaupun terdapat pelbagai pandangan politik, Amanah berpandangan sekretariat tersebut merupakan ruang yang wajar dimanfaatkan untuk membina masyarakat Melayu yang yakin dengan jati diri dan nilai Islam. Katanya, Melayu bermaruah ialah Melayu yang yakin dengan jati diri dan nilai Islam, berintegriti dalam kepimpinan, berani…







