PETALING JAYA: Malaysia perlu menubuhkan Majlis Perundingan dan Intervensi Ekonomi Negara sebagai langkah non-partisan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global susulan konflik berterusan di Asia Barat. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis tersebut penting sebagai platform penyelarasan dasar secara menyeluruh dan inklusif bagi menangani impak kenaikan harga tenaga, gangguan rantaian bekalan serta tekanan terhadap ekonomi global. “Kesan geopolitik ketika ini sudah mula dirasai melalui peningkatan…










