KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk menghidupkan semula saman RM1.9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Permohonan bagi mendapatkan kebenaran itu ditetapkan untuk pendengaran pada 30 Julai ini. Peguam, Yudistra Darma Dorai yang mewakili Najib mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media. Bagi prosiding sivil, mana-mana pihak yang…










