KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah mengesahkan Kerajaan Negeri akan membantah permohonan yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia bagi mendapatkan penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi Malaysia berhubung hak negeri itu terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021, dikenali sebagai “tahun-tahun yang hilang”. Peguam Besar Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh berkata perintah mahkamah bertarikh 17 Oktober 2025 mengarahkan kerajaan Persekutuan mengadakan…










