PETALING JAYA: Tindakan menyalahkan pembangkang sebagai punca kegagalan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri adalah hanya cubaan menutup kelemahan kerajaan. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan kononnya terdapat salah faham di peringkat pembangkang telah menyerlahkan sifat kebudak-budakan kerajaan. Katanya, kegagalan kerajaan dalam isu ini adalah kegagalan sendiri dan bukannya orang lain. “Semasa sesi perbahasan Parlimen, anggota pembangkang telah berulang kali…










