KOTA BHARU: Cadangan penubuhan ‘Rumah Bangsa’ mencerminkan kematangan baharu dalam landskap politik negara, selain membuka ruang perbincangan lebih luas mengenai perpaduan dan masa depan bangsa. Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi berkata, pendekatan tersebut dilihat sebagai usaha mencari titik pertemuan antara parti politik dalam suasana politik semasa yang sering dihimpit polemik serta perbalahan. Katanya, inisiatif berkenaan juga memberi ruang kepada semua pihak untuk duduk semeja membincangkan isu perpaduan…










