KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasil memulihkan aset berjumlah RM15.5 bilion hasil tindakan tegas membanteras rasuah dan sindiket jenayah sejak 2023. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu meningkat mendadak berbanding 2018 yang hanya merekodkan RM37 juta dan 2019 sebanyak RM1.2 bilion. Beliau berkata, kejayaan itu dicapai menerusi Pasukan Tugas Khas Multi-Agensi yang membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selain itu ia turut melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan…










