TANAH MERAH: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Ismail Petra, di sini awal pagi tadi. Mangsa, Muhamad Fahmi Ibrahim, 18, yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), meninggal dunia di lokasi kejadian. Sementara itu, rakannya, Muhammad Hafiz Osni, 18, yang membonceng motosikal tersebut mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Tanah Merah (HTM). Ibu mangsa, Siti…










