Remaja hilang, putus hubungan dalam perjalanan ke Cameron Highlands 

Remaja hilang, putus hubungan dalam perjalanan ke Cameron Highlands 

AHMAD AZREEQ ZAFREEN AHMAD AZHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Hasrat tujuh sekeluarga dari Kampung Batin, dekat sinu bercuti di Cameron Highlands, Pahang tidak kesampaian apabila anak sulung mereka hilang dan gagal dihubungi.

Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, yang menaiki motosikal jenis Yamaha R15 kali terakhir dikesan di Petron Fikri, Besut.

Ibu saudaranya, Noriza Awang berkata, adiknya, Zaleha Awang bersama suaminya, Ahmad Azhar Mohamad Yusof ,59, dan lima anak mereka mahu bercuti ke Cameron Highlands sempena cuti panjang hujung minggu.

Katanya, mereka bersama empat anak menaiki kereta manakala Ahmad Azreeq Zafreen menunggang motosikal.

“Ketika dalam perjalanan pada Khamis lalu, mereka berjanji berhenti makan namun Ahmad Azreeq Zafreen terlepas dari lokasi yang dijanjikan. Dia kongsi lokasi kepada keluarga namun beberapa minit kemudian, dia padam semula kira-kira pukul 1.40 pagi. Ibunya cuba hubunginya namun gagal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Noriza berkata, mereka sekeluarga mahu bercuti kerana meraikan Ahmad Azreeq Zafreen yang baru tamat menjalani latihan industri di Petaling Jaya.

Katanya, laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Raja, Besut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN