PETALING JAYA: Pembangkang tidak menolak cadangan pindaan Perlembagaan membabitkan pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara serta pengenalan had tempoh jawatan Perdana Menteri, namun beberapa penambahbaikan perlu diperhalusi sebelum diluluskan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kedua-dua Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan perlu diperkemaskan bagi memastikan reformasi institusi yang dicadangkan benar-benar berkesan dan bukan sekadar perubahan di atas kertas. Katanya, pembetulan struktur melibatkan institusi penting negara mesti berasaskan prinsip kebebasan…










