Rakyat rindu BN kembali memerintah - Saravanan - Utusan Malaysia

Rakyat rindu BN kembali memerintah – Saravanan

M. SARAVANAN (tengah) pada program penyampaian sumbangan kepada masjid, surau dan surau diri Jumaat kawasan Parlimen Tapah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Langkah bijak Barisan Nasional (BN) menangani isu-isu sensitif sebelum ini dan ketidakstabilan gabungan parti pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) memberi peluang besar kepada BN untuk kembali memerintah.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, keyakinan itu telah disuarakan beliau sejak awal kerana BN mampu menyelesaikan isu-isu rumah ibadat dan isu-isu sensitif lain.

“Saya sudah beritahu dari awal lagi rakyat memang rindu Barisan Nasional. Baru-baru ini dalam retreat, saya sebut perkara ini di hadapan Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) apabila melihat isu-isu rumah ibadat dan sebagainya, masyarakat India berpendapat nasib mereka lebih dibela di bawah kepimpinan BN.

“Hari ini ada individu yang cuba buat kekecohan dalam isu-isu keagamaan, nampak macam tak ada orang nak protect (lindung) masyarakat India. Mereka rindukan BN,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid, Surau dan Surau Diri Jumaat Kawasan Parlimen Tapah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM65,000 di Dewan Merdeka di Tapah hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Dr. Mohamad Yusri Bakir dan ADUN Chenderiang, Choong Shin Heng.

Sumbangan melibatkan 19 buah masjid dan 92 buah surau serta surau diri Jumaat di Tapah untuk program pengimarahan sepanjang Ramadan.

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, kesediaan BN untuk bertanding 115 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Parlimen ke-16 (PRU-16) mencerminkan keyakinan gabungan parti keramat itu kembali memimpin negara.

“Ini satu tanda baik bahawa kita sedia untuk memerintah negara ini kembali,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN