PUTRAJAYA: rakyat Malaysia di negara-negara Asia Barat dinasihatkan supaya bersedia menghadapi kemungkinan perubahan jadual penerbangan secara mendadak.
Kementerian Luar dalam kenyataan meemaklumkan, ini termasuk penutupan lapangan terbang, serta sekatan perjalanan dan pengaturan alternatif atau pelan kontingensi hendaklah dibuat dengan segera sekiranya perlu.
Dalam situasi semasa, Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab
Bersatu, khususnya di kawasan yang terjejas atau berhampiran dengannya, agar sentiasa mengamalkan tahap kewaspadaan yang tinggi berikutan perkembangan semasa, termasuk serangan ketenteraan terbaharu.
“Mereka digesa mengelak kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam, serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Perjalanan yang tidak mustahak ke negara-negara tersebut hendaklah ditangguhkan sehingga keadaan keselamatan kembali stabil,” katanya hari ini.
Wisma Putra turut menyeru semua rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di negara-negara berkenaan
segera mendaftar dan mengemas kini butiran perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar
Malaysia atau Perwakilan Malaysia yang terdekat.
Mereka boleh berbuat demikian melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my, bagi memudahkan penyaluran bantuan sekiranya diperlukan.
“Kementerian kekal komited dalam memastikan kebajikan dan keselamatan warganegara Malaysia di luar
negara sentiasa terpelihara.
“Sekiranya berlaku kecemasan atau sekiranya memerlukan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia yang terdekat,” katanya. – UTUSAN









