PUO terima kunjungan kasih Pakis, santuni pelajar melalui program iftar

PUO terima kunjungan kasih Pakis, santuni pelajar melalui program iftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Politeknik Ungku Omar (PUO) melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) terus memperkukuh hubungan strategik bersama komuniti luar melalui program iftar Pertubuhan Amal Kebajikan Insan (Pakis).

Sebanyak 60 pek makanan dan minuman diedarkan kepada para pelajar JTMK PUO.

Sumbangan itu bagi memastikan pelajar dapat menikmati hidangan berbuka yang sempurna, terutama mereka yang menetap di asrama dan rumah sewa.

​Ketua Jabatan JTMK PUO, Ainie Hayati Noruzman berkata, inisiatif itu bukan sahaja membantu meringankan beban harian pelajar sekali gus membuktikan komuniti luar sentiasa bersama-sama dalam menyokong kebajikan golongan sasar.

“Ia adalah satu manifestasi murni dalam menyemai semangat kekeluargaan dan kasih sayang di bulan mulia ini,” katanya.

​​Program itu merupakan salah satu inisiatif utama Pakis yang diasaskan oleh Siti Yukarni Jusoh.

Dengan membawa moto ‘Bersama Memberi, Bersama Diberkati’, pertubuhan yang dianggotai seramai 75 ahli ini sentiasa fokus kepada bantuan pendidikan, kecemasan serta khidmat komuniti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN