KUALA LUMPUR: Puasa bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah membantu meningkatkan kecerdasan otak melalui penghasilan sejenis protein yang bertindak seperti ‘baja’ kepada sel saraf. Ketika berpuasa, tubuh mengalami tekanan ringan yang sihat atau mild stress. Keadaan ini merangsang otak menghasilkan protein dikenali sebagai Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) yang berperanan menguatkan hubungan antara sel saraf. Protein tersebut membantu memperbaiki sel otak yang rosak serta merangsang penghasilan sel saraf baharu,…










