Polis nafi video tular ada kaitan dengan kematian doktor pelatih 

Polis nafi video tular ada kaitan dengan kematian doktor pelatih 

MOHD. YUSOFF MAMAT 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menafikan rakaman video tular dalam media sosial ketika ini mempunyai hubung kait dengan kes seorang doktor pelatih wanita yang ditemukan mati di bilik asramanya di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai, baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia tiada kaitan dengan mangsa seperti yang didakwa warganet.

“Saya tegaskan bahawa kes ini berbeza dan tiada kaitan dengan rakaman video yang didakwa oleh warganet. Kes doktor pelatih ini masih kekal sebagai mati mengejut dan dalam siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui semasa Op Selamat 26/2026 di Tunjong, di sini hari ini.

Terdahulu, polis dilapor sudah merakam keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes seorang doktor pelatih wanita yang ditemukan mati di bilik asramanya di HSIP.

Mohd. Yusoff berkata, individu itu terdiri daripada ahli keluarga mangsa, rakan sekerja serta pensyarah. Sebelum itu, seorang doktor pelatih wanita berusia 29 tahun ditemukan mati di bilik asramanya di HSIP. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN