PETALING JAYA: Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera terhadap pihak yang didakwa menghina simbol agama susulan perbincangan kabinet mengenai perkara itu semalam. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, agensi penguat kuasa perlu melaksanakan tindakan susulan bagi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan keamanan negara terus terpelihara selaras dengan pendirian jelas kerajaan mengenai perkara itu. “Pihak polis bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan mengekalkan ketenteraman awam. Ini adalah tanggungjawab asas yang tidak boleh…










