ISKANDAR PUTERI: Pakatan Harapan (PH) Johor mencadangkan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, langkah itu adalah kerana ia menjimatkan kos dan mengurangkan perbelanjaan parti yang bertanding. “Cadangkan itu adalah bertujuan untuk menjimatkan kos yang turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga semua (kos) yang terlibat. “Kalau dua kali pilihan raya (PRN dan PRU-16 berasingan), maknanya…










