Perantau Kelantan disaran guna LPT,JRTB-JKR - Utusan Malaysia

Perantau Kelantan disaran guna LPT,JRTB-JKR

PERANTAU Kelantan yang pulang beraya sempena Aidilfitri disaran menggunakan laluan alternatif seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) untuk masuk ke negeri ini bukan melalui Gua Musang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perantau Kelantan yang pulang beraya sempena Aidilfitri disaran menggunakan laluan alternatif seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) untuk masuk ke negeri ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Ir Nik Badlihisham Nik Ismail, ia bertujuan mengelakkan kesesakan teruk di jalan utama masuk ke negeri ini iaitu Gua Musang.

Katanya, hal ini kerana, lencongan sementara dekat Taman Wangi yang sudah dibaiki dan diturap, bukan jaminan penyelesaian kesesakan sepanjang tempoh musim perayaan itu.

“Saya menjangkakan kesesakan akan bermula Rabu ini kerana ada yang menjangkakan raya pada Jumaat.

“Selain keadaan struktur jalan, kesesakan juga terjadi apabila berlaku pertambahan kenderaan yang masuk ke Kelantan melalui daerah ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menganggarkan sebanyak 2 juta kenderaan akan masuk ke negeri ini melalui tiga laluan masuk iaitu Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengarahnya Mohd. Misuari Abdullah berkata, jumlah itu mengambil kira sta statistik yang telah direkodkan sepanjang tahun sebelum-sebelum ini.

Katanya, JPJ Kelantan mengalu-alukan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan terutamanya di laluan Gua Musang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN