PETALING JAYA: Konflik perang melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran berpotensi mencetuskan kenaikan mengejut harga import kepada negara khususnya membabitkan sektor minyak mentah, makanan dan elektrik selain menjejaskan perdagangan dan pelancongan antarabangsa. Konflik yang melanda rantau itu juga malah dilihat sebagai isyarat kegawatan ekonomi dunia yang serius dalam tiga hingga empat tahun akan datang. Penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, harga barangan sektor elektrik dan elektronik…










