PETALING JAYA: Penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah treler di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), dari arah Desa Tun Razak menghala ke Sri Petaling dekat sini hari ini. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, lelaki berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha MT-15 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik…










