Peningkatan aliran trafik bermula tengah hari ini

Peningkatan aliran trafik bermula tengah hari ini

Aliran trafik yang bergerak perlahan susulan warga kota yang mula pulang dari kampung halaman selepas menyambut perayaan Aidilfitri ketika tinjauan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Pantai Timur di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan aliran trafik dijangka bermula tengah hari ini apabila orang ramai mula pulang ke Lembah Klang selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, bagi mengatasi perkara itu sebanyak 30 lokasi lorong pintar (smart lane) diaktifkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bermula 7 pagi hingga 11 malam ini bagi membantu kelancaran pergerakan kenderaan.

“Untuk setakat ini aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan lancar dan berada dalam keadaan terkawal pagi ini.

“Kita menjangkakan hanya berlaku sedikit kesesakan di Lebuhraya Utara selatan arah utara dari Bidor ke Tapah,” katanya dalam kenyataan hari ini

Katanya, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mengikut jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA di aplikasi PLUS, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-
800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi LLM,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN