PAPAR: Kelupis yang sinonim dengan penduduk di sekitar pantai Barat Sabah khususnya di kalangan etnik Kedayan dan Melayu Brunei kekal menjadi pilihan sajian utama menjelang Hari Raya Aidilfitri. Walaupun kelupis boleh didapati pada hari biasa namun juadah tradisi itu akan lebih banyak ditemui ketika musim perayaan sekaligus menjadikan permintaan orang ramai yang mencari kelupis menjadi lebih tinggi. Permintaan tinggi terhadap salah satu juadah tradisi Sabah itu menjadikan pengusaha kelupis tempatan,…










