Pengumuman dividen Tabung Haji berita gembira Aidilfitri - Utusan Malaysia

Pengumuman dividen Tabung Haji berita gembira Aidilfitri

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri berkata, pengumuman dividen Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun, hadir tepat pada masanya ketika rakyat sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengumuman tersebut sekali gus menjadi berita gembira buat umat Islam menjelang Aidilfitri.

“Alhamdulillah, pengumuman dividen Tabung Haji hari ini yang mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun hadir sebagai khabar gembira buat umat Islam menjelang Aidilfitri,” katanya di akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurutnya, kejayaan itu mencerminkan hasil pembaharuan yang dilaksanakan dalam institusi berkenaan sejak kebelakangan ini.

“Pencapaian ini mencerminkan hasil pembaharuan yang menekankan tatakelola, memperbetulkan asas institusi serta mengembalikan disiplin dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan TH,” ujarnya.

Anwar menegaskan, usaha pembaharuan tersebut bukan sekadar penambahbaikan biasa, sebaliknya satu ikhtiar menyeluruh untuk memulihkan keyakinan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN