Penggambaran Bila? Nak Kahwin selesai satu hari - Utusan Malaysia

Penggambaran Bila? Nak Kahwin selesai satu hari

NADHIR Nasar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Iklan Raya Laugh Out Loud Entertainment, Bila? Nak Kahwin arahan Nadhir Nasar menerima lebih 13000 jumlah tontonan selepas 20 jam ditayangkan di Youtube.

Naskhah ini menggabungkan pelakon-pelakon berbakat seperti Ezzanie Jasnya, Areef Amran, Yusuf Bahrin, Erysha Emyra, Auni Yusri dan Syad Mutalib.

Lebih istimewa adalah penampilan penyanyi dan pelakon, Liza Hanim yang terkenal dengan watak Linda Martopo menerusi filem KL Menjerit.

Nadhir, semasa sidang media baru-baru ini, bercerita tentang cabaran yang dihadapi dalam menyiapkan naskhah tersebut.

“Penggambaran disiapkan dalam satu hari. Kalau difikir balik, tidak logik untuk selesaikan 80 rakaman dalam tempoh yang begitu singkat.

“Tapi kami berjaya melakukannya. Persembahan pelakon, yang setiap babak dirakam satu kali sahaja antara yang mempercepatkan proses penggambaran. Ini semua hasil kerja satu pasukan,” katanya.

Bila? Nak Kahwin mengupas mengenai dilema golongan bujang yang terpaksa berhadapan pertanyaan keluarga dan saudara mara mengenai perancangan berumah tangga.

“Itulah mesej yang terdapat dalam iklan raya ini, dilema orang muda setiap kali Hari Raya Aidilfitri,” katanya lagi.

Nadhir dalam masa yang sama mengakui agak gemuruh mengarah Liza yang baginya seorang bintang legenda dan berpengalaman.

“Tapi pengalaman yang bagus untuk saya. Seronok bekerja dengan Liza yang sentiasa ceria di set penggambaran,” ujarnya.

Bila? Nak Kahwin boleh ditonton menerusi halaman Youtube rasmi Laugh Out Loud Entertainment. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN