Pengasas PKR dakwa Rafizi Ramli menteri paling gagal

Pengasas PKR dakwa Rafizi Ramli menteri paling gagal

NG LUM YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas PKR, Ng Lum Yong mendakwa Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli adalah Menteri paling gagal sejak mula dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada Disember 2022 sebelum meletak jawatan pada Jun 2025.

Berdasarkan pemerhatiannya dalam tempoh hampir tiga tahun itu, Rafizi telah membuktikan kepada umum bahawa beliau gagal untuk menunaikan janji-janji manifesto PH untuk PRU15, selain tidak melakukan apa-apa reformasi ekonomi semasa menjadi menteri.

Katanya, banyak formula ekonomi yang dirangka juga tidak dilaksanakan, malah beliau hanya tahu sembang sahaja.

“Formula beliau buat hanya sembang sahaja, hanya cakap besar. Rafizi seorang yang gagal, dan tak tunaikan apa yang dicakap. Beliau seorang yang hanya tahu hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang apabila sokongan tidak berpihak kepadanya, beliau banyak ‘bercakap’, sedangkan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR sehingga hari ini hanya berdiam tidak membuat kritikan balas kepada Rafizi,” katanya hari ini.

Lum Yong berkata, Rafizi tidak layak menjadi Menteri atau apa-apa jawatan sekali pun kerana beliau bukan seorang ahli politik sebenar, tetapi hanya tahu cari makan sahaja.

“Rafizi seorang yang tidak jujur dan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Beliau tidak layak menjadi pemimpin yang setia kepada rakyat.

“Kritikan Rafizi akan membawa kesan negatif kepada rakyat. Rafizi dudah hilang diri, sekarang dia jadi alat yang tahu kritik Anwar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN