KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat industri minyak dan gas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan baucar bayaran palsu membabitkan kerja-kerja pembinaan di luar negara berjumlah RM4.2 juta. Tertuduh, Sohpian Ariffin, 46, didakwa mengemukakan tiga baucar bayaran satu syarikat bagi kerja-kerja ‘Submission of Reimbursement for Overseas Project KPO’ masing-masing bertarikh 13 November 2018, 22 April 2019 dan 4 Februari 2020 yang mana…










