KLUANG: Seorang penganggur mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan cubaan membunuh isterinya dengan cara mengelar leher dan pergelangan tangan, awal bulan ini. Tertuduh, Ei Jean Yee, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mujib Saroji. Mengikut Pertuduhan, tertuduh cuba membunuh Ng Moy Koew, 48, menggunakan sebilah pisau dengan niat menyebabkan kematian di sebuah rumah di Jalan Hang Tuah 1/3,…










