'Saya minta maaf kepada semua umat Islam'

‘Saya minta maaf kepada semua umat Islam’

P. Mahendra Boopathy di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: ‘Saya minta maaf kepada seluruh umat Islam atas perbuatan memuatnaik hantaran video yang menyinggung.’ 

Demikian rayuan pemandu e-hailing, P. Mahendra Boopathy di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini selepas mengaku bersalah memuatnaik video yang mungkin menyebabkan kegentaran orang awam hingga melakukan kesalahan ketenteraman awam. 

Tertuduh membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan itu dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memuatnaik naik video di akaun Facebook miliknya dengan kata-kata ‘kalau kuil India di bawah jambatan haram, yang ni masjid bawah jambatan flyover macam mana haram ke halal eh cuba terangkan’. 

Mahendra Boopathy dituduh melakukan kesalahan itu di Masjid Jamek Dato’ Bandar Hj Ahmad dekat Rasah di sini kira-kira pukul 12.30 tengahari, 27 Februari lalu. 

Tuduhan mengikut Seksyen 505(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Dalam rayuannya tertuduh tidak diwakili peguam bela mengaku melakukan perbuatan itu tanpa niat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam. 

Katanya, dia kini menanggung seorang anak yang masih bersekolah dan ayah yang uzur serta mempunyai penyakit diabetes. 

Bagaimanapun, Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Haron memohon hukuman yang setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam, keseriusan kesalahan itu dan keharmonian orang ramai. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap tertuduh.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN