KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat supaya terus memelihara perpaduan, mengamalkan nilai murni dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat. Baginda bertitah demikian menerusi perutusan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah/2026. Titah baginda, Aidilfitri bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, sebaliknya menjadi medan untuk memperkukuh hubungan silaturahim, saling bermaafan serta menyemai nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat. Baginda turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa bersyukur…










