Pelajar KV Kuala Krai putus kaki kanan akibat kemalangan

Pelajar KV Kuala Krai putus kaki kanan akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Kuala Krai putus kaki kanan selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta yang gagal memotong kenderaan lain di Jalan Batu Balai–Chuchuh Puteri, berhampiran Kampung Bechah Salak di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintanden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati semasa kereta tersebut dari arah Batu Balai menghala ke Kampung Mengkebang.

Katanya, setiba dilokasi kejadian kereta tersebut dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain yang berada dihadapannya.

“Akibatnya kereta tersebut telah bertembung dengan motosikal berkenaan yang datang dari arah bertentangan. 

“Pelanggaran itu menyebabkan remaja berkenaan cedera parah dan putus kaki kanan,” ujarnya.

Mazlan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil menyalurkan maklumat dibalai polis berdekatan atau menghubungi Sarjan Muhamad Narmizi Abdul Rahman di talian 09 9666222.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN