KUALA LUMPUR: Peguam kepada isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid iaitu Nizamuddin Hamid, direkod keterangan di Bukit Aman di sini kira-kira tiga jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan. Menurut Nizamuddin, proses rakaman percakapan dilakukan secara profesional dan berjalan lancar oleh pihak polis. “Saya hari ini hadir memberi keterangan kepada diberikan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi siasatan mengikut…







