Pecah amanah ATM : Pendakwaan serah dua jilid dokumen  

Pecah amanah ATM : Pendakwaan serah dua jilid dokumen  

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak dua jilid dokumen sudah diserahkan kepada pasukan pembelaan yang mewakili bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Mohd Razali Alias dan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis.

Timbalan Pendakwa Raya, Low Chin How yang mewakili pihak pendakwaan berkata demikian semasa prosiding di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan masih terdapat 17 dokumen yang belum diserahkan kepada pembelaan yang mewakili Mohd Razali.

Jelasnya, dokumen itu merangkumi kontrak, baucar bayaran, sijil pengesahan dan penerimaan perkhidmatan, minit mesyuarat, dokumen perjawatan, perbankan serta dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Senarai saksi serta fakta lain jika ada akan diserahkan kepada mereka pada sebutan akan datang.

“Sementara bagi kes Mohamed Fauzi, tiga lagi dokumen perlu diserahkan kepada pihak pembelaan,” katanya.

Sejurus itu, peguam bela, Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Mohd Razali dan peguam bela, Muhammad Anuar Rafi yang hadir bagi pihak Mohamed Fauzi mengesahkan perkara tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh pada 6 Mei ini.

Januari lalu, Mohd Razali didakwa di mahkamah sama atas tuduhan menerima suapan AS$20,000 dan tiket penerbangan berjumlah RM64,600.

Mohamed Fauzi pula berdepan satu pertuduhan pecah amanah wang Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) sebanyak RM5 juta, tiga tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN