ALOR SETAR: Cuaca panas yang melanda Kedah ketika ini menyaksikan ribuan pelajar di Daerah Kota Setar mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula semalam bagi mengelak risiko kesihatan kepada warga sekolah. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan ibu bapa dan pelajar di daerah ini melaksanakan PdPR dari rumah dengan menggunakan pelbagai platform seperti Google Meet, Google Classroom dan aplikasi WhatsApp bagi memastikan sesi pembelajaran tidak terjejas walaupun tidak hadir…










