Pasangan Malaysia terkandas di Jeddah susulan serangan ke atas Iran

Pasangan Malaysia terkandas di Jeddah susulan serangan ke atas Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri rakyat Malaysia terkandas di Jeddah, Arab Saudi selepas penerbangan pulang ke tanah air dibatalkan susulan konflik Timur Tengah.

Menurut wanita berkenaan menerusi perkongsian di media sosial Threads, mereka sepatutnya menaiki penerbangan MH157 dari Jeddah ke Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu pada pukul 1.10 pagi.

Bagaimanapun, penerbangan tersebut tidak dapat diteruskan berikutan perkembangan semasa di rantau itu yang menyebabkan gangguan operasi penerbangan ke beberapa destinasi.

“Kami kini masih berada di Jeddah dan belum dapat pulang ke Malaysia susulan krisis Asia Barat.

“Alhamdulillah, pihak syarikat penerbangan menanggung kos hotel dan pengangkutan buat masa ini. Mohon doa agar urusan kami dipermudahkan dan dapat pulang dengan selamat,” kata @ieramira90 hari ini.

Difahamkan, beberapa penerbangan ke dan dari Asia Barat terjejas selepas penutupan ruang udara di kawasan tertentu berikutan ketegangan serantau yang semakin memuncak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN