AMPANG: Pahang bakal memperoleh ladang betari (sorghum) berkeluasan kira-kira 607 hektar di Pahang sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutama penternak sebagai alternatif makanan ternakan mereka. Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, projek bernilai RM100 juta itu bukan sahaja merupakan satu pelaburan besar tetapi turut merupakan langkah penting dalam agenda kemajuan ekonomi negeri. Beliau berkata, projek tersebut melibatkan pembangunan ladang betari…










