Ops Pantau: 37 kes telah diambil tindakan di Pulau Pinang

Ops Pantau: 37 kes telah diambil tindakan di Pulau Pinang

S. JEGAN (tengah) ketika membuat tinjauan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Bandar Bertam Putra, Kepala Batas, Pulau Pinang.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Sebanyak 25 kompaun serta-merta telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang atas pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Ops Pantau 2026 di negeri ini sehingga semalam.

Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, pada masa yang sama, pihaknya turut membuka 12 kertas siasatan untuk tindakan lanjut dengan nilai rampasan sepanjang operasi itu setakat ini berjumlah RM420,154.90.

“Secara keseluruhannya, kita telah memeriksa sebanyak 3,825 premis termasuk bazar Ramadan, pasar awam, pasar raya serta kedai runcit di seluruh Pulau Pinang.

“Antara kesalahan yang dikesan sepanjang operasi itu pula termasuk gagal meletakkan tanda harga, penggunaan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan, tidak memiliki permit barang kawalan berjadual dan sebagainya,” katanya selepas mengadakan tinjauan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Bandar Bertam Putra di sini, petang tadi.

Selain Bandar Bertam Putra, empat lagi lokasi BRR yang terpilih di Pulau Pinang ialah BRR di Jalan Mahkamah, Bayan Lepas; BRR Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), BRR Air Itam dan BRR di Sungai Acheh, Nibong Tebal.

Dalam pada itu, Jegan berkata, pihaknya turut melaksanakan Program Ihsan Food Bank (i-FB) dengan kerjasama 50 sukarelawan daripada lima buah institusi pengajian tinggi (IPT) pada tahun ini sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan lebihan makanan di bazar-bazar Ramadan yang terpilih di Pulau Pinang.

“Sehingga semalam, sebanyak 2,114.76 kilogram (kg) lebihan makanan telah berjaya diselamatkan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN