PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu sedang mewujudkan hubungan rapat dengan Pakatan Harapan (PH). Beliau berkata, tuduhan tersebut merupakan dakwaan liar yang tidak berasas serta berniat jahat bagi menjejaskan keharmonian dalam Bersatu dan antara parti komponen Perikatan Nasional (PN). Katanya, perkara itu juga tidak pernah dibincangkan di mana-mana peringkat parti termasuk dalam Majlis Pimpinan Tertinggi yang menentukan dasar serta…










