GUA MUSANG: Seorang mudir di sebuah sekolah tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid lelakinya berusia sembilan tahun selama tiga hari berturut-turut pada malam pertengahan bulan Ramadan, kira-kira dua minggu lalu. Mohd. Razali Ab. Ghani, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri. Mengikut pertuduhan pertama hingga…










