MSU-Mahsuri sumbang 1,500 makanan korea untuk 10 rumah kebajikan

MSU-Mahsuri sumbang 1,500 makanan korea untuk 10 rumah kebajikan

MOHD. Shukri Ab. Yajid (tengah) melepaskan konvoi yang menghantar makanan kepada 10 buah rumah kebajikan di MSU.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keberkatan Ramadan terus direbut apabila Management & Science University (MSU) dengan kerjasama Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri) menyumbangkan 1,500 bekas makanan Korea kepada 10 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang, hari ini.

Program yang dinamakan ‘For Your Series 9.0 – Korean Chicken Rice Bowl’ bermula pukul 8 pagi apabila seramai 100 pelajar Fakulti Hospitaliti & Seni Kreatif MSU bergotong-royong menyediakan hidangan berkenaan.

Presiden dan Pengasas MSU, Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, penganjuran program tersebut bukan sekadar berkongsi rezeki, malah mendidik mahasiswa agar lebih cakna terhadap tanggungjawab sosial.

Menurutnya, penglibatan pelajar dalam penyediaan makanan memberi pengalaman pembelajaran secara langsung yang menggabungkan kemahiran teknikal dan nilai kemanusiaan.

“Sejak awal pagi, pelajar kita komited memastikan setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti supaya sedap dan berkhasiat.

Justeru, saya amat menghargai kerjasama Mahsuri dalam menjayakan inisiatif ini dan berharap lebih banyak pihak tampil bekerjasama dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama MSU,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, pihaknya menyalurkan peruntukan khusus bagi membolehkan pelajar mendapatkan bahan mentah terbaik untuk penyediaan makanan tersebut.

Katanya, aspek kualiti makanan serta halal dititikberatkan bagi setiap hidangan untuk disalurkan kepada semua penghuni rumah kebajikan tersebut

“Ini adalah kolaborasi pertama Mahsuri bersama MSU dalam program sumbangan makanan Ramadan. Kami berharap hidangan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah menggembirakan hati penghuni rumah kebajikan terlibat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN