MIC diberi kedudukan dalam PN - Utusan Malaysia

MIC diberi kedudukan dalam PN

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: MIC akan ditawarkan peranan dan kedudukan lebih besar dalam Perikatan Nasional (PN) sekiranya parti berkenaan menyertai gabungan itu sebagai anggota baharu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sekiranya MIC bersetuju jumlah parti anggota dalam gabungan ini akan meningkat kepada lima iaitu Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Parti India Malaysia (MIPP).

“Jadi malam ini saya jumpa Presiden MIC dan akan menerangkan bahawa (penyertaan) mereka telah diterima.

“MIC pada Disember tahun lalu dan mesyuarat 14 Mac lalu, kita mengesahkan minit penerimaan MIC sebagai parti anggota di bawah kepemimpinan baru ini,” katanya kepada pemberita selepas Penyampaian Sumbangan Kepada Penggerak Pas Kota Bharu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kedudukan MIC yang dikatakan masih bersama BN, Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, perkara tersebut bukan urusan pihaknya.

“Apabila mereka memohon untuk menyertai PN dan kita menerima permohonan itu, bagi kita perkara itu sudah selesai,” ujarnya.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, PN turut menerima permohonan daripada beberapa parti lain untuk menyertai gabungan itu.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan PN kini semakin terbuka dan inklusif di bawah kepemimpinan baharu gabungan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN