MELAKA: Melaka mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam tempoh lebih dua dekad apabila merekodkan nilai pelaburan sebanyak RM14.68 bilion pada 2025. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pencapaian itu berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Menurut beliau, pelaburan tersebut melibatkan 312 projek yang diluluskan dan dijangka menjana lebih 4,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini. Beliau berkata, terdapat…










