KUALA PILAH: Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di kawasan pencawang telekom berhampiran Masjid Rembang Panas di sini, petang semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Shamrol Shah Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat awal mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan sekitar pukul 6.30 petang. Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada pukul 6.54 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah bersama…











