BUTTERWORTH: Lubang benam yang berlaku di Jalan Bagan Lalang di sini pada 26 Februari lalu berpunca daripada kerosakan paip pembentungan bawah tanah. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, hasil siasatan terperinci menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) oleh Indah Water Konsortium (IWK) mengesan berlaku kerosakan pada jajaran paip di lokasi berkenaan. “Buat masa ini, IWK akan melaksanakan kerja korekan segera bagi mengenal pasti tahap kerosakan…










